Pok Su Mali Headline

Pok Su Mali

31 August 2010

Digoda Wanita Dalam KTM Komuter


Assalamualaikum WBT  kawan-kawan Pok Su Mali.

Ni ha Pok Su Mali nak habaq cita mai sikit. Pok Su Mali sebenarnya bersyukur sebab KTM komuter dah buat pengasingan koc. Koc tengah khas untuk wanita jer. Lagi depan dan belakang tu bebas. Jika Pok Su Mali, Pok Su Mali akan minta anak-anak Pok Su Mali naik koc tengah tu. InsyaAllah lebih selesa dan selamat. Jika ditanya kepada ramai perempuan normal pon, Pok Su Mali rasa majoriti akan kata koc tengah lagi selamat, betul tak?

Kaum wanita dah tidak rasa tergangu kerana sudah ada pilihan untuk duduk di koc tengah.. Jika ada ganguan diantara wanita dan wanita tu, Pok Su Mali tak nak masuk campur lah. Orang tua cakap tak baik kacau urusan sesama pompuan..haha..Tapi masalahnya sekarang kaum lelaki ni yang sebenarnya sangat terancam!

Ceritanya macam ni..

Satu hari tu Pok Su Mali pergi la jalan-jalan ke rumah sedare di Shah Alam. Lepas tu Pok Su Mali berhajat nak jalan-jalan KL dengan beberapa orang rakan. Kitorang janji la nak naik komuter dari Stesen KTM Batu 3 ke KL Sentral. Ini kali pertama Pok Su Mali naik komuter KTM selepas ianya diasingkan gerabak tau.

Tengah tunggu komuter tu, ada la pengumuman. "Perhatian, koc di tengah adalah khas untuk wanita sahaja. terima kasih." Wah ini bagus ni, tak perlu lah Pok Su Mali kontrol macho dalam komuter tu nanti. 

A-kisahnya train pon sampai la. Pok Su Mali naik koc depan sekali. Wah, selesa sebab tiada sangat orang! Setibanya di Stesen Subang, tiba-tiba ramai pulak penumpang yang naik. Termasuklah orang perempuan. Pok Su Mali tanya la kawan kat sebelah, "boleh ke pompuan naik koc ni?", dia cakap boleh je.. Yang depan dan belakang ni bebas je sapa-sapa nak naik pun. 

Ye lah, Pok Su Mali tak kisah lah yang tu.. Tapi yang Pok Su Mali kisahnya, ada la sorang minah ni, pakaiannya sendat, dada dibentangkannya luas-luas. Muka cun jugak. Dia pergi naik koc depan sama dengan pok. Pok Su Mali tengok mata-mata jantan keberet dalam koc tu sume meleret ke dia.  Pok Su Mali tengok sekali je tau..puasa..hehehe.. Minah tu pulak buat tak tau je.. adoi!

Pok Su Mali cakap la kat dia camni.. "Hai kak. Tak sayang dada ke ape? Dah orang bagi koc tengah spesel untuk akak, nak jugak buat free show tayang body kat sini! Saya tau lah sini koc sapa-sapa pun boleh naik! ".. Erk..korang jangan salah faham, Pok Su Mali cakap dalam hati jer. Kalu cakap kat situ komfem menangis air mata darah pompuan tuh. Tak pon Pok Su Mali satu penampar hinggap kat pipi pok nih!  Haha..Ye lah korang bayang lah, dah tau pakai camtu pergi lah masuk koc tengah.

Nanti kalu lelaki pergi raba, lelaki juga yang dipersalahkan. Nanti kalu lelaki pergi raba orang yang pakai jubah pakai tudung disebabkan oleh dirangsang oleh si minah tu, mula lah cakap pakaian tidak melambangkan apa-apa atau tidak menjamin apa-apa keselamatan! Adoi minah ni.

Pok Su Mali pun tak nak lah panjang-panjang nak mengumpat. Tapi Pok Su Mali merayu lah kepada  pompuan yang nak pakai pakaian yang korang rase komfem boleh meransang  lelaki 300% lagi cepat dari biasa , Pok Su Mali merayu la kat korang kalu nak naik tren tu, pilihlah yang tengah-tengah. Kalu korang sesama korang je yang tengok dan jeling Pok Su Mali rasa tak de hal. Tapi kalu di beri jantan-jantan keberet yang tengok alamaknya kes buang bayi lagi banyak la taun depan.

Kepada wanita, guna kan koc tengah untuk keselesaan anda dan keselesaan kaum lelaki juga ye =)

21 comments:

  1. penah naik sekali koc wanita ni.
    i takde ape ape perasaan pun. haha.

    ReplyDelete
  2. haha...ade jgk perempuan camni..dah bagi koc perempuan still nak masuk yang campur2 jugak..maybe bangga kot..lalala~

    ReplyDelete
  3. haha..u know women better than me! =)
    kalu camtu la Cik Tom cakap.. cam tu la kot pompuan tu rasa..haha
    Pok Su nasihatkan kaum wanita naik la koc tengah k ! =)

    ReplyDelete
  4. kihkihkih,,,kesian dia,,sama2 kite doakan dia dapat hidayah,,kite juga dapat pahala,,bukan mereka xtahu,,itu dosa,,cume,,mereka tidak mahu,,ya Allah,,thabit qulubana ala deenik!ameen

    ReplyDelete
  5. wah.. amen2.. ini betul2 nasihat di pasca merdeka nih! hehe

    ReplyDelete
  6. muka pure melayu.. sekali tgok mmg org cakap melayu.. 2 kali tgok melayu.. 3 kali pon melayu jugak

    ReplyDelete
  7. Happy Anniversary...wish everything gonna be alright!

    Warm regard from Belajar Design T-shirt. Have a nice day!

    ReplyDelete
  8. awal nye wish annivesary..pok su x kawin pon ag..haha

    ReplyDelete
  9. hehe..pernah ternaik dalam koc wanita, al maklumlah first time naik kat batu 3 tu jugak la..

    nasib baik la naik ngan 2 3 org kawan yang memang "lurus" so, wat muka bodoh la memasing, dah kuar dari koc tu baru terbahak2 ketawa..

    ReplyDelete
  10. xpna naek pn...
    so xtaw cmnew rsenyew...
    hahahahaha.....

    ReplyDelete
  11. Wah.. ini kejadian langka.. kalau di Indonesia biasanya Wanita digoda Lelaki... he..he..

    ReplyDelete
  12. goda takpe. naseb baik tak dinoda..hihi~

    ReplyDelete
  13. Malwanaz : hahaha.. nasib baik diorang x buat spot chek..jika x, x sia2 la korang kene penalti..haha

    Cik Kipas : mmg kamu takkan pernah naik.. koc komuter x pakai kipas tapi pakai air cond..haha

    Nur Hafizah Bte Za'ba : ape yg kelakar nye? pok su pon nak tau..boleh sama2 gelak..haha..bgus la kamu tak macam tu..jgn jadi macam tu..hehe

    Procms : apa makna langka? hehe.. ia, di malaysia jua ada camtu.. tapi ni pelik sikit..hehe

    Nobita Sensei : wah.. bahaya perkataan kamu itu.. jgn lakukan kontroversi disini..haha

    p/s : aih..byk pulak gelak hari ni =)

    ReplyDelete
  14. no komen, kedah n penang tak dak komuter. haha.

    ReplyDelete
  15. haha.. dengar cite penang nak buat jugak? betoi ka?haha

    ReplyDelete
  16. Awek Gerrard kot yang hilang tu =P
    mungkin koc perempuan tu dia x selesa kot.hahaha

    ReplyDelete
  17. awek hang ka Gerrard? awat yg die jauh lari tuh..hang x kejar ke? ke die masuk dlm koc tu sbb nak cari hang..haha

    ReplyDelete
  18. err hye pok su!
    baru saje mnyinggah2 ni. menarik post ni~haha oww baru tau ktm ada koc khas utk perempuan. almaklumlah, jarang beno naik ktm.hee~

    ReplyDelete